Jumaat, 21 September 2018

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

   KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Oleh : Nur Hidayah Binti Ahmad


PENGENALAN
                       Sebagai seorang pelajar,kita mestilah mempunyai pelbagai kemahiran dan mampu untuk mempraktikkan kemahiran sedia ada yang dipelajari dalam kehidupan seharian.Selain daripada kemahiran belajar,kita juga mestilah mempunyai kemahiran interpersonal dalam diri kita.Kemahiran interpersonal ialah algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan ketika berkomunikasi dan berinteraksi sosial dengan orang sekeliling supaya mencapai kesan atau keputusan tertentu.Konsep kendiri,sikap,sahsiah,nilai, dan matlamat merupakan konsep asas dalam kemahiran interpersonal.Kemahiran interpersonal juga dikenali sebagai komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu.Semua orang mestilah mahir menggunakan kemahiran interpersonal ini supaya dapat membina hubungan yang berkesan dengan semua orang.Kemahiran interpersonal sangat pening kerana jika kita gagal menguasai kemahiran ini kita akan gagal menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran yang mendatang.Kita mestilah bijak menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan baru supaya proses interaksi antara individu dan persekitaran menjadi mudah.Kebolehan individu untuk berhubung dengan orang lain dengan berkomunikasi secara bertulis dan lisan merujuk kepada kemahiran interpersonal.



KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

1.Melahirkan persefahaman yang baik antra guru dan pelajar.
2.Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.
3.Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar.
4.Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.
5.Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.
6.Memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran
7.Melengkapkan diri guru dengan teknik komunikasi yang berkesan.

                              Kemahiran interpersonal ini sangat penting untuk dijalankan dengan baik agar kepentingannya dapat dicapai bersama.Saya akan khususkan perbincangan ini kepada skop guru dan pelajar di sekolah.Kepentingan yang pertama ialah dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar.Hal ini kerana,apabila guru dan pelajar saling berkomunikasi dengan baik maka persefahaman dapat dicapai kerana ada proses mendengar dan bertukar pendapat antara satu sama lain.Kefahaman yang diperolah itulah merupakan kejayaan kepada penguasaan kemahiran interpersonal yang baik.
                            Selain itu,kemahiran interpersonal juga mampu membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Guru harus bijak untuk menggunakan bentuk komunikasi yang sesuai dan menarik mengikut situasi dan keadaan ketika berada di dalam kelas.Sebagai contoh,jika terdapat pelajar yang nakal di dalam kelas,guru mestilah berinteraksi dengan pelajar tersebut secara tegas supaya palajar tersebut sedar  dan kesal akan tindakannya itu.Guru perlu bijak mengawal emosi mereka ketika bersama pelajar.Pelajar mampu memahami emosi guru jika menguasai kemahiran interpersonal ini.
                           Kepentingan yang seterusnya ialah memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran.Proses pembelajaran menjadi mudah kerana pelajar mampu memahami dengan baik apa yang disampaikan oleh guru.Hal ini kerana kesan daripada kemahiran interpersonal yang tinggi dalam diri pelajar dan guru itu sendiri.Kedua-dua pihak mesti mahir dalam kemahiran interpersonal.Pencapaian akademik juga dipengaruhi oleh kemahiran interpersonal ini.Hal ini kerana,Guru mestilah menyampaikan ilmu dengan sebutan yang jelas,lancar nada yang bersesuai secara konsisten kerana kemahiran interpersonal  ini melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan supaya pelajar mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru.
                        
PENUTUP
                          Kesimpulannya,wajarlah semua orang menguasai kemahiran interpersonal ini supaya semua orang mampu berkomunikasi dengan baik.Terdapat banyak sebab kenapa kita perlu menguasai kemahiran ini.Antaranya ialah dapat menyelesaikan konflik atau masalah yang dihadapi,berkongsi maklumat,memperbaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial.Semua aktiviti yang dilakukan memerlukan komunikasi untuk dijalankan dengan sempurna dan lancar.Dalam proses pembelajaran pula,semakin tinggi kemahiran interpersonal yang dikuasai maka semakin tinggilah ilmu yang diperoleh.Oleh itu,kita mestilah meningkatkan kemahiran interpersonal kita agar ilmu kita juga mampu ditingkatkan hari demi hari.

 RUJUKAN

Adnan, S. I. (2010). Kemahiran Belajar. penerbitan multimedia.

HALIM, K. M. (2015). Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 89-99. Retrieved from http://www.ukm.my/jurfpend/40(2)2015/Chap1new.pdf
Mohd Faeez Ilias, A. S. (2016). Kemahiran Interpersonal Sebagai Asas Pembentukan Kemahiran. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/312032456/download











Tiada ulasan:

Catat Ulasan