PRESTASI AKADEMIK MENGIKUT GENDER
Isu prestasi akademik mengikut gender
dalam aspek kehidupan telah banyak dikaji oleh pengkaji di serata dunia. Hal ini
kerana isu perbezaan gender merupakan isu yang menarik untuk dikaji.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan, keperluan dan gaya
pembelajaran pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar perempuan. Ini dapat
dibuktikan dengan Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan
SPM)pada tahun 1996-2000
menunjukan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang
lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran. Dapatan
kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan
penghafalan fakta dan peraturan yang jelas. Hal ini kerana pelajar lelaki lebih
cenderung kepada tugasan yang terbuka yang berkaitan dengan situasi realistik
dan praktikal. Kebiasaannya
isu prestasi akademik mengikut gender ini dapat dilihat di universiti dan
struktur kerajaan. Oleh itu, terdapat tiga faktor yang yang
mempengaruhi pencapaian kecemerlangan pendidikan pelajar iaitu faktor pelajar,
faktor persekitaran dan faktor guru.
Faktor pelajar yang mempengaruhi isu
prestasi akademik ini adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran, kemahiran dan
strategi belajar serta aspirasi terhadap pendidikan dan kerjaya. Kajian telah
membuktikan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung mengamalkan gaya
pembelajaran yang bersifat abstrak sequential dan concrete sequential.
Penyataan ini membawa makna bahawa pelajar perempuan lebih mengambil berat
tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur dan mengikut jadual serta arahan
dengan teliti berbanding pelajar lelaki. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa pelajar
perempuan adalah golongan yang memberi focus kepada teori , hipotesis,
penganalisisan dan mementingkan ilmu pengetahuan berbanding lelaki.
Seterusnya, faktor persekitaran yang
diambil dari aspek tahap kepuasan terhadap persekitaran sekolah dan persepsi
terhadap kawalan keluarga. Kepuasan terhadap persekitaran sekolah ini dilihat
daripada aspek pengajaran guru, pelaksanaan hukuman, penguatkuasaan peraturan,
keceriaan iklim, keselamatan, hubungan guru dengan pelajar, hubungan pelajar
dengan pelajar, sistem kaunseling, pelaksanaan kokurikulum dan kemudahan asas. Hal
ini dapat dikatakan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk mengambil
tindakan yang lebih bagi mendekatkan diri mereka dengan sekolah berbanding
pelajar lelaki. Sebagai contoh, jika keadaan persekitaran sekolah tersebut
tidak memuaskan hati pelajar, pelajar perempuan akan mengambil tindakan yang
positif supaya terus belajar seperti biasa. Hal ini berasingan dengan pelajar
lelaki kerana mereka akan mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng
kelas, ponteng sekolah dan tidak mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada
pelajaran.
Di samping itu, faktor guru juga turut
diambil kira dalam kajian ini iaitu berkaitan persepsi pelajar terhadap
pengajaran guru, persepsi guru terhadap pelajar perempuan dan lelaki, persepsi
guru terhadap profesion perguruan dan intreprestasi serta pelaksanaan
kurikulum. Antara aspek yang dititikberatkan adalah strategi pengajaran,
penggunaan sumber, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai penampilan,
pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman, keprihatinan dan cara
penilaian. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan pelajar perempuan lebih berpuas
hati dengan aspek pembelajaran guru perempuan berbanding pelajar lelaki. Hal
ini kerana pelajar perempuan dan lelaki tiada masalah dengan pelajar lelaki
tetapi pelajar lelaki bermasalah bila dengan pelajar perempuan. Oleh itu,
perkara ini berkemungkinan disebabkan ketidakserasian antara gaya pengajaran
guru dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah
berganding bahu bagi mengelakkan adanya jurang prestasi akademik antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan. Pelbagai pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi
mengelakkan masalah ini daripada terus menular iaitu kurikulum dalam setiap
sekolah haruslah diperluaskan melalui penempatan opsyen yang sesuai dengan
minat mereka. Malahan, bidang-bidang teknikal dan kemahiran juga boleh
diwujudkan dalam sesebuah sekolah supaya bidang yang diterokai lebih luas. Pada
masa yang sama, warga pendidik iaitu guru, haruslah sedar bahawa kemahiran
menyelesaikan masalah antara pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar
perempuan. Oleh itu, guru dan kaunselor sekolah haruslah memainkan peranan
penting bagi membantu pelajar, khususnya pelajar lelaki menyelesaikan masalh
supaya mereka tidak mengambil tindakan yang merugikan diri sendiri.
RUJUKAN :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan