Jumaat, 21 September 2018

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

   KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Oleh : Nur Hidayah Binti Ahmad


PENGENALAN
                       Sebagai seorang pelajar,kita mestilah mempunyai pelbagai kemahiran dan mampu untuk mempraktikkan kemahiran sedia ada yang dipelajari dalam kehidupan seharian.Selain daripada kemahiran belajar,kita juga mestilah mempunyai kemahiran interpersonal dalam diri kita.Kemahiran interpersonal ialah algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan ketika berkomunikasi dan berinteraksi sosial dengan orang sekeliling supaya mencapai kesan atau keputusan tertentu.Konsep kendiri,sikap,sahsiah,nilai, dan matlamat merupakan konsep asas dalam kemahiran interpersonal.Kemahiran interpersonal juga dikenali sebagai komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu.Semua orang mestilah mahir menggunakan kemahiran interpersonal ini supaya dapat membina hubungan yang berkesan dengan semua orang.Kemahiran interpersonal sangat pening kerana jika kita gagal menguasai kemahiran ini kita akan gagal menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran yang mendatang.Kita mestilah bijak menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan baru supaya proses interaksi antara individu dan persekitaran menjadi mudah.Kebolehan individu untuk berhubung dengan orang lain dengan berkomunikasi secara bertulis dan lisan merujuk kepada kemahiran interpersonal.



KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

1.Melahirkan persefahaman yang baik antra guru dan pelajar.
2.Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.
3.Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar.
4.Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.
5.Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.
6.Memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran
7.Melengkapkan diri guru dengan teknik komunikasi yang berkesan.

                              Kemahiran interpersonal ini sangat penting untuk dijalankan dengan baik agar kepentingannya dapat dicapai bersama.Saya akan khususkan perbincangan ini kepada skop guru dan pelajar di sekolah.Kepentingan yang pertama ialah dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar.Hal ini kerana,apabila guru dan pelajar saling berkomunikasi dengan baik maka persefahaman dapat dicapai kerana ada proses mendengar dan bertukar pendapat antara satu sama lain.Kefahaman yang diperolah itulah merupakan kejayaan kepada penguasaan kemahiran interpersonal yang baik.
                            Selain itu,kemahiran interpersonal juga mampu membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Guru harus bijak untuk menggunakan bentuk komunikasi yang sesuai dan menarik mengikut situasi dan keadaan ketika berada di dalam kelas.Sebagai contoh,jika terdapat pelajar yang nakal di dalam kelas,guru mestilah berinteraksi dengan pelajar tersebut secara tegas supaya palajar tersebut sedar  dan kesal akan tindakannya itu.Guru perlu bijak mengawal emosi mereka ketika bersama pelajar.Pelajar mampu memahami emosi guru jika menguasai kemahiran interpersonal ini.
                           Kepentingan yang seterusnya ialah memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran.Proses pembelajaran menjadi mudah kerana pelajar mampu memahami dengan baik apa yang disampaikan oleh guru.Hal ini kerana kesan daripada kemahiran interpersonal yang tinggi dalam diri pelajar dan guru itu sendiri.Kedua-dua pihak mesti mahir dalam kemahiran interpersonal.Pencapaian akademik juga dipengaruhi oleh kemahiran interpersonal ini.Hal ini kerana,Guru mestilah menyampaikan ilmu dengan sebutan yang jelas,lancar nada yang bersesuai secara konsisten kerana kemahiran interpersonal  ini melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan supaya pelajar mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru.
                        
PENUTUP
                          Kesimpulannya,wajarlah semua orang menguasai kemahiran interpersonal ini supaya semua orang mampu berkomunikasi dengan baik.Terdapat banyak sebab kenapa kita perlu menguasai kemahiran ini.Antaranya ialah dapat menyelesaikan konflik atau masalah yang dihadapi,berkongsi maklumat,memperbaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial.Semua aktiviti yang dilakukan memerlukan komunikasi untuk dijalankan dengan sempurna dan lancar.Dalam proses pembelajaran pula,semakin tinggi kemahiran interpersonal yang dikuasai maka semakin tinggilah ilmu yang diperoleh.Oleh itu,kita mestilah meningkatkan kemahiran interpersonal kita agar ilmu kita juga mampu ditingkatkan hari demi hari.

 RUJUKAN

Adnan, S. I. (2010). Kemahiran Belajar. penerbitan multimedia.

HALIM, K. M. (2015). Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 89-99. Retrieved from http://www.ukm.my/jurfpend/40(2)2015/Chap1new.pdf
Mohd Faeez Ilias, A. S. (2016). Kemahiran Interpersonal Sebagai Asas Pembentukan Kemahiran. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/312032456/download











ISU PRESTASI AKADEMIK MENGIKUT GENDER



PRESTASI AKADEMIK MENGIKUT GENDER


BY : JULIE KRISTY A/P NG KEE CHOO




Isu prestasi akademik mengikut gender dalam aspek kehidupan telah banyak dikaji oleh pengkaji di serata dunia. Hal ini kerana isu perbezaan gender merupakan isu yang menarik untuk dikaji. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan, keperluan dan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar perempuan. Ini dapat dibuktikan dengan Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran. Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas. Hal ini kerana pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan yang terbuka yang berkaitan dengan situasi realistik dan praktikal. Kebiasaannya isu prestasi akademik mengikut gender ini dapat dilihat di universiti dan struktur kerajaan. Oleh itu, terdapat tiga faktor yang yang mempengaruhi pencapaian kecemerlangan pendidikan pelajar iaitu faktor pelajar, faktor persekitaran dan faktor guru.

Faktor pelajar yang mempengaruhi isu prestasi akademik ini adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran, kemahiran dan strategi belajar serta aspirasi terhadap pendidikan dan kerjaya. Kajian telah membuktikan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung mengamalkan gaya pembelajaran yang bersifat abstrak sequential dan concrete sequential. Penyataan ini membawa makna bahawa pelajar perempuan lebih mengambil berat tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur dan mengikut jadual serta arahan dengan teliti berbanding pelajar lelaki. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa pelajar perempuan adalah golongan yang memberi focus kepada teori , hipotesis, penganalisisan dan mementingkan ilmu pengetahuan berbanding lelaki.

Seterusnya, faktor persekitaran yang diambil dari aspek tahap kepuasan terhadap persekitaran sekolah dan persepsi terhadap kawalan keluarga. Kepuasan terhadap persekitaran sekolah ini dilihat daripada aspek pengajaran guru, pelaksanaan hukuman, penguatkuasaan peraturan, keceriaan iklim, keselamatan, hubungan guru dengan pelajar, hubungan pelajar dengan pelajar, sistem kaunseling, pelaksanaan kokurikulum dan kemudahan asas. Hal ini dapat dikatakan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk mengambil tindakan yang lebih bagi mendekatkan diri mereka dengan sekolah berbanding pelajar lelaki. Sebagai contoh, jika keadaan persekitaran sekolah tersebut tidak memuaskan hati pelajar, pelajar perempuan akan mengambil tindakan yang positif supaya terus belajar seperti biasa. Hal ini berasingan dengan pelajar lelaki kerana mereka akan mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng kelas, ponteng sekolah dan tidak mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Di samping itu, faktor guru juga turut diambil kira dalam kajian ini iaitu berkaitan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru, persepsi guru terhadap pelajar perempuan dan lelaki, persepsi guru terhadap profesion perguruan dan intreprestasi serta pelaksanaan kurikulum. Antara aspek yang dititikberatkan adalah strategi pengajaran, penggunaan sumber, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman, keprihatinan dan cara penilaian. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan pelajar perempuan lebih berpuas hati dengan aspek pembelajaran guru perempuan berbanding pelajar lelaki. Hal ini kerana pelajar perempuan dan lelaki tiada masalah dengan pelajar lelaki tetapi pelajar lelaki bermasalah bila dengan pelajar perempuan. Oleh itu, perkara ini berkemungkinan disebabkan ketidakserasian antara gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengelakkan adanya jurang prestasi akademik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelbagai pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan masalah ini daripada terus menular iaitu kurikulum dalam setiap sekolah haruslah diperluaskan melalui penempatan opsyen yang sesuai dengan minat mereka. Malahan, bidang-bidang teknikal dan kemahiran juga boleh diwujudkan dalam sesebuah sekolah supaya bidang yang diterokai lebih luas. Pada masa yang sama, warga pendidik iaitu guru, haruslah sedar bahawa kemahiran menyelesaikan masalah antara pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar perempuan. Oleh itu, guru dan kaunselor sekolah haruslah memainkan peranan penting bagi membantu pelajar, khususnya pelajar lelaki menyelesaikan masalh supaya mereka tidak mengambil tindakan yang merugikan diri sendiri.











RUJUKAN  :

2. adilafadzlyn.blogspot.com/2016/09/bab-10-isu-isu-perkongsian-maklumat-isu.html

3. MUSTAPA, S. I. (2010). KEMAHIRAN BAHASA. In S. I. MUSTAPA, KEMAHIRAN BAHASA (p. 219). PENERBITAN MULTIMEDIA.