KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Oleh : Nur Hidayah Binti Ahmad
PENGENALAN
Sebagai seorang pelajar,kita mestilah
mempunyai pelbagai kemahiran dan mampu untuk mempraktikkan kemahiran sedia ada
yang dipelajari dalam kehidupan seharian.Selain daripada kemahiran belajar,kita
juga mestilah mempunyai kemahiran interpersonal dalam diri kita.Kemahiran
interpersonal ialah algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan ketika
berkomunikasi dan berinteraksi sosial dengan orang sekeliling supaya mencapai
kesan atau keputusan tertentu.Konsep kendiri,sikap,sahsiah,nilai, dan matlamat
merupakan konsep asas dalam kemahiran interpersonal.Kemahiran interpersonal
juga dikenali sebagai komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara
individu.Semua orang mestilah mahir menggunakan kemahiran interpersonal ini
supaya dapat membina hubungan yang berkesan dengan semua orang.Kemahiran
interpersonal sangat pening kerana jika kita gagal menguasai kemahiran ini kita
akan gagal menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran yang mendatang.Kita
mestilah bijak menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan baru supaya proses
interaksi antara individu dan persekitaran menjadi mudah.Kebolehan individu
untuk berhubung dengan orang lain dengan berkomunikasi secara bertulis dan
lisan merujuk kepada kemahiran interpersonal.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL
1.Melahirkan persefahaman yang baik antra guru dan pelajar.
2.Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.
3.Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar.
4.Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.
5.Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.
6.Memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran
7.Melengkapkan diri guru dengan teknik komunikasi yang berkesan.
1.Melahirkan persefahaman yang baik antra guru dan pelajar.
2.Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.
3.Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar.
4.Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.
5.Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.
6.Memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran
7.Melengkapkan diri guru dengan teknik komunikasi yang berkesan.
Kemahiran interpersonal ini sangat
penting untuk dijalankan dengan baik agar kepentingannya dapat dicapai
bersama.Saya akan khususkan perbincangan ini kepada skop guru dan pelajar di
sekolah.Kepentingan yang pertama ialah dapat melahirkan persefahaman yang baik
antara guru dan pelajar.Hal ini kerana,apabila guru dan pelajar saling
berkomunikasi dengan baik maka persefahaman dapat dicapai kerana ada proses
mendengar dan bertukar pendapat antara satu sama lain.Kefahaman yang diperolah
itulah merupakan kejayaan kepada penguasaan kemahiran interpersonal yang baik.
Selain
itu,kemahiran interpersonal juga mampu membantu guru menggunakan pelbagai
bentuk komunikasi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.Guru harus bijak untuk menggunakan bentuk komunikasi yang sesuai dan
menarik mengikut situasi dan keadaan ketika berada di dalam kelas.Sebagai
contoh,jika terdapat pelajar yang nakal di dalam kelas,guru mestilah berinteraksi
dengan pelajar tersebut secara tegas supaya palajar tersebut sedar dan kesal akan tindakannya itu.Guru perlu
bijak mengawal emosi mereka ketika bersama pelajar.Pelajar mampu memahami emosi
guru jika menguasai kemahiran interpersonal ini.
Kepentingan yang
seterusnya ialah memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran.Proses
pembelajaran menjadi mudah kerana pelajar mampu memahami dengan baik apa yang
disampaikan oleh guru.Hal ini kerana kesan daripada kemahiran interpersonal
yang tinggi dalam diri pelajar dan guru itu sendiri.Kedua-dua pihak mesti mahir
dalam kemahiran interpersonal.Pencapaian akademik juga dipengaruhi oleh
kemahiran interpersonal ini.Hal ini kerana,Guru mestilah menyampaikan ilmu
dengan sebutan yang jelas,lancar nada yang bersesuai secara konsisten kerana
kemahiran interpersonal ini melibatkan
kemahiran menyampaikan idea secara lisan supaya pelajar mudah untuk memahami
apa yang diajar oleh guru.
PENUTUP
Kesimpulannya,wajarlah semua orang
menguasai kemahiran interpersonal ini supaya semua orang mampu berkomunikasi
dengan baik.Terdapat banyak sebab kenapa kita perlu menguasai kemahiran
ini.Antaranya ialah dapat menyelesaikan konflik atau masalah yang dihadapi,berkongsi
maklumat,memperbaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial.Semua
aktiviti yang dilakukan memerlukan komunikasi untuk dijalankan dengan sempurna
dan lancar.Dalam proses pembelajaran pula,semakin tinggi kemahiran
interpersonal yang dikuasai maka semakin tinggilah ilmu yang diperoleh.Oleh
itu,kita mestilah meningkatkan kemahiran interpersonal kita agar ilmu kita juga
mampu ditingkatkan hari demi hari.
RUJUKAN
RUJUKAN
Adnan, S. I. (2010). Kemahiran Belajar.
penerbitan multimedia.
HALIM, K. M. (2015).
Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan dengan Pencapaian Akademik Pelajar.
Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 89-99. Retrieved from http://www.ukm.my/jurfpend/40(2)2015/Chap1new.pdf
Mohd Faeez Ilias, A.
S. (2016). Kemahiran Interpersonal Sebagai Asas Pembentukan Kemahiran.
Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/312032456/download